saya ingin jelaskan bahawa tidak sama sekali saya disini ingin membangkitkan semangat perkauman,
tetapi hanya untuk menyedarkan apakah isu sebenar yg atau lebih mudah lagi masalah sebenar yg kita hadapi sekarang,
sedar tak sedar... kita kian hilang tempat berteduh...
"sampai bila orang melayu harus diteduh,sebab melayu yang berjaya semua lupa daratan"
memang tidak dapat dinafikan, ianya betul sama sekali.
tapi lihat semula jika dididik supaya ingat kepada pangal bangsa itu sendiri,
tidak mungkin yang berjaya akan tinggalkan bangsanya itu....
sistem pendidikan seharusnya dirombak semula.
itu harus diambil tindakan dengan kadar yang segera..
Blog saya sebelum ini bertajuk MELAYU.
telah mencetuskan salah faham.
saya bukanlah seolah-olah ingin berada di belah mana-mana parti politik.
ini isu bangsa dan agama.
isu ini amatlah sensitif buat mana-mana pihak mahupun...
Dalam hal ini semua pihak terlibat,
anti ataupun pro kerajaan..
memang tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan sekarang amatlah tidak boleh diharapkan,
namum jika dilihat kembali.
tidak kita harus bersyukur bahawa negara kita tidak bergolak sepertimana yang sedang berlaku di negara jiran kita THAILAND.....
Setiap melayu yang tinggal di malaysia mahupun luar negara seharusnya berasa berdosa dan malu,
kerana dalam kepedihan umat MUHAMMAD di thailand,
kita masih lagi boleh berdebat mengenai hal masalah perut menteri-menteri di kabinet....
ini adalah merupakan satu penghinaan kepada kuam melayu,
melihat bangsanya sendiri dihapuskan satu-persatu di negara jiran...
Saya amat lah terkejut dengan komen dari sahabat lama saya,
mengenai blog saya yang terdahulu,
beliau mengatakan bahawa,
tidak kah komen saya berhaluan kanan, dan agak sedikit seperti NAZI
baiklah...
biar saya terangkan disini,
bahawa tiap insan ,tiap bangsa dan tiap manusia akan bertindak demikian sekiranya bangsa agama dan tanah air nya sedang digadai oleh mana2 pihak
saya tidak berniat ingin memandang rendah kepada kaum lain,
kerana sebab mereka lah juga kita merdeka..
dan dalam perjanjian kemerdekaan telah termaktub bahawa
MELAYU sebagai bangsa asli tanah melayu,manakala BAHASA MELAYU sebagai bahasa kebangsaan..
agama ISLAM sebagai agama rasmi..
namun didalam perjanjian itu juga ada mengatakan bahawa mana2 bahasa dan agama boleh diamal dan dianuti selagi jangan melebihi agama rasmi...
perjanjian itu amatlah mudah sekali untuk difahami...
pada pagi ini (3-sep-2008) kita disajikan dengan berita bahawa timbalah presiden UMNO telah meminta maaf bagi pihak DATUK AHMAD ISMAIL,(ketua bahagian umno,bukit bendera)
kerana menyatakan bahawa kaum bukan melayu adalah sebenarnya pendatang.....
kita kaji semula sejarah,kita lihat semula apa yang tertulis sejarah tidak mungkin tipu...
memang benar bahawa orang bukan melayu sebagai contoh CINA,INDIA, BANGALLI,NEPAL
ini semua adalah pendatang,
tetapi kita harus ingat bahawa mereka ini telah diberi kerakyatan penuh,
bukan lah pendatang tanpa izin....
British selaku penjajah diwaktu itu yang menbawa mereka masuk sebagai buruh....
selama 50 tahun yang lepas hal ini tidak dibangkitkan,
tetapi kenapa sekarang harus ianya dibangkitkan...
saya tidak setuju dengan kenyataan timbalan presiden umno tersebut
kenapa harus minta maaf apabila benda yang disampaikan itu merupakan suatu fakta.
namun fakta itu tidaklah seharusnya dilupakan oleh mana2 pihak mahupun melupakan fakta tersebut
kerana ini merupakan sebahagian dari sejarah kita jua...
saya bukan lah egen propaganda mana-mana pihak
tidak juga bersetuju dgn pemimpin umno yang menjual bangsa sendiri untuk kepentingan dan kekeyangan perut anak menantu dan bini sendiri
tetapi hanya untuk menyampaikan kenyataan yang kian dilupakan oleh semua pihak.....
saya akui bahawa pendidikan sejarah diperingkat sekolah adalah sangat tipis,
tidak banyak yang dapat anak2 muda sekarang belajar disekolah,
saya selaku bekas pelajar SPM 2007 akui bahawa sistem pendidikan malaysia tidak menyeluruh dan tidak berkesan,
kain hari kian ramai anak2 muda yang berlari jauh dari matlamat negara bagi melahirkan modal insan..
kain ramai anak2 muda lepasan spm atau graduan yang tidak menpunyai kerja,
kian ramai anak2 muda yang kian lalai dan mudah terpengaruh dengan propaganda yang dilaungkan oleh mana2 pihak tanpa asal usul terpeinci...
sistem pendidikan negara seharusnya mendedahkan tentang sistem pentadbiran negara,luar negara,
sejarah dunia,sejarah negara2 maju,
cara pemikiran yang luas,
ilmu politik haruslah juga diperkenalkan,kerana politik merupak satu seni,
bukan semua orang yang berjaya dalam dunia politik
ada yang jatuh di tengah jalan, ada yang mati awal mula..
tiada pihak yang berjuang untuk kepentingan kaum2 muda,
mereka merupakan generasi akan datang yang akan mewarisi tahta negara....
Amatlah sedih pabila melihat hanya segelintir sahaja generasi muda masa kini yang ambil tahu
tentang masalah politik dunia,
kerna politik dalam konteks islam merupakan sesuatu yang amat bagus dipelajari...
Wednesday, September 3, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
